Category Archives: NOTA

BAB 5 PENGURUSAN TEMPAT KEDIAMAN

 

Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Tempat Kediaman

 

KEPERLUAN
• Tempat kediaman seharusnya dapat memenuhi keperluan keluarga untuk:

  • Berteduh daripada hujan, panas, dan sejuk
  • Berlindung daripada bencana dan penjenayah
  • Berinteraksi dan melaksanakan aktiviti harian

• Ciri, saiz dan jenis ruang perlu menepati keperluan keluarga yang berbeza. Perkara yang perlu diambil kira ialah:

  • Saiz keluarga
  • Peringkat kitaran hidup
  • Keperluan khas ahli keluarga seperti cacat, tua, atau uzur

PENDAPATAN
• Pemilihan tempat kediaman berdasarkan kemampuan keluarga. Salah satu perbelanjaan bulanan yang paling tinggi bagi kebanyakan keluarga ialah bayaran untuk tempat kediaman. Keluarga yang berpendapatan tinggi mampu memilih tempat kediaman yang mempunyai ciri berikut:

  • Lokasi yang baik
  • Saiz yang lebih besar
  • Dilengkapi alat teknologi tinggi seperti sistem kawalan berkomputer
Faktor pendapatan dapat mempengaruhi pemilihan tempat kediaman

KESELAMATAN
• Keselamatan ahli keluarga diberi keutamaan dalam memilih tempat kediaman. Keluarga akan berasa selamat jika tempat kediaman mempunyai ciri berikut:

  • Aman
  • Bebas daripada jenayah
  • Berdekatan dengan perkhidmatan keselamatan seperti polis dan bomba

• Keluarga juga perlu meningkatkan keselamatan dengan memastikan tempat kediaman dilengkapi dengan:

  • Kawalan keselamtan seperti sistem penggera keselamatan atau pengawal keselamatan
  • Sistem pencegahan kebakaran
  • Pemasangan jeriji pada tingkap dan pintu

KEJIRANAN
• Aspek kejiranan dititikberatkan semasa memilih rumah kerana:

  • Jika jiran mempunyai status dan sosioekonomi yang sama, interaksi dan perhubungan mesra lebih senang terjalin
  • Gaya hidup, cara pemikiran dan norma yang sama membantu keluarga berinteraksi dan hidup dengan lebih selesa.
Kemesraan diantara sesama jiran tetangga

ESTETIKA
• Estetika merujuk kepada kebersihan dan keceriaan tempat kediaman dari segi luaran dan dalaman. Keluarga akan memberi keutamaan kepada perkara berikut:

  • Kawasan sekeliling yang bersih dan ceria
  • Pemandangan yang indah
  • Tempat kediaman yang mudah dibersihkan, senang dihias, teratur dan cantik
Keindahan kawasan mempengaruhi pemilihan tempat kediaman

INFRASTRUKTUR
• Infrastruktur kawasan tempat kediaman perlu lengkap supaya pelbagai keperluan ahli keluarga dapat dipenuhi.

INFRASTRUKTUR

PERKHIDMATAN

Sistem jalan raya

Kesihatan

Sistem bekalan air

Kebajikan

Sistem bekalan elektrik

Pendidikan

Sistem pembuangan sampah

Perhubungan

Sistem telekomunikasi

Tempat beribadat

BAB 4 PERALATAN JAHITAN

  1. Kapur tukang jahit
  • Untuk memindahkan tanda dan garisan pemadan daripada pola kepada fabrik.

  1. Gunting kain
  • Untuk menggunting fabrik atau kain sahaja

  1. Pita ukur
  • Untuk mengambil ukuran badan dan fabrik.
  • Untuk mengukur bahagian yang hendak digunting atau dijahit.

  1. Jarum peniti
  • Untuk menyemat pola pada fabrik dan menyemat kepingan fabrik sebelum menjahi jelujur.

  1. Jarum tangan
  • Untuk menjahit semua jahitan tangan pada fabrik

  1. Penetas benang
  • Untuk menanggalkan benang jelujur, menetaskan jahitan mesin atau tangan dan membuat lubang butang.

  1. Benang jahitan
  • Untuk menjahit jahitan tangan dan jahitan mesin.

  1. Fabrik/kain
  • Kain kapas/fabrik kapas ialah bahan untuk menghasilkan sesuatu pakaian.

  1. Seterika
  • Untuk melicinkan fabrik atau kain dan menekan mata jahitan.

  1. Pembaris lurus
  • Untuk mengukur dan menanda bahagian yang hendakdigunting atau di jahit.

BAB 3 PIRAMID MAKANAN

Apakah Piramid Makanan?

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .

Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:

Aras 1 : KARBOHIDRAT
Peranan: Sumber utama tenaga
Sumber: Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
8-12 sajian sehari

Aras 2 : VITAMIN
Peranan: pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit
Sumber: Buah-buahan dan sayur-sayuran
3-5 sajian sehari


Aras 3 : PROTEIN
Peranan: membina sel baru, menyelenggara tisu dan mengawal fungsi sel.
Sumber: Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu
2-3 sajian sehari


Aras 4 : LEMAK
Peranan: Membekalkan tenaga
Sumber: Lemak, minyak, gula dan garam
1-2 sajian sehari

BAB 2 KAJIAN FABRIK

Dalam bab ini, kita akan mempelajari tentang jenis-jenis fabrik. Fabrik terbahagi kepada 3 iaitu :

  1. Fabrik Kait

    2.  Fabrik Tenun

     3.  Fabrik tanpa tenun

4.   Fabrik Kait

-terbahagi kepada 2 iaitu :

i) Kait Lungsin :

-Fabrik jenis ini ringan, kurang mengikut bentuk, daya menerap kelembapan, permukaan fabrik keras, kurang berubah bentuk dan hanya dihasilkan dalam bentuk fabrik.

-contohnya tricot dan net.

ii) Kait Pakan :

-Fabrik ringan dan sederhana berat, mengikut bentuk badan, daya menyerap kelembapan baik, permukaan fabrik gebu dan lembut, mudah berubah bentuk dan boleh terus menghasilkan pakaian.

-contohnya terry, velour dan fleeece.

2) Fabrik tenun :

i) Tenun Biasa

-poros, kurang daya drep, mudah renyuk, kurang legap dan kukuh.

-contohnya belacu, ginham dan muslin.

ii) Tenun Kelarai

-kurang poros, drep dengan baik, mudah renyuk, tebal dan legap serta kukuh.

-contohnya denim, drill dan gaberdin.

iii) Tenun Satin

-fabrik licin dan berkilat, daya drep yang baik, kurang kukuh dan mudah koyak.

-contohnya satin, broked dan damask.

3) Fabrik tanpa tenun

i) Fabrik Terikat

-kuat, teguh, tinggi daya serapan dan lembut daripada fabrik felt.

-contohnya napkin bayi, pakai buang dan lapik dalam.

ii)  Fabrik Felt.

-tepi tidak berjuntai, kaku dan bentuk tidak berubah, kurang kukuh dan permukaan kasar.

-contohnya beret, permaidani dan penutup meja.

BAB 1 MAKANAN DAN PEMAKANAN

 

PENGENALAN :

  • Dalam bab ini, saya akan mengupas secara ringkas mengenai tajuk KEPERLUAN NUTRIEN yang terkandung dalam bab 1. Saya berharap agar pengisian yang saya beri akan membantu anda untuk mendapatkan ouput yang berguna disamping memahamkan anda dalam sesuatu silibus.
  • Makanan merupakan perkara yang kita ambil dalam kehidupan seharian untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita. Makanan yang diambil setiap hari hendaklah seimbang dan membekalkan nutrien yang diperlukan mengikut keperluan individu. Contohnya pengambilan nutrien, protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral.
  • Tujuan mengambil makanan ialah untuk membekalkan tubuh dengan semua nutrien yang diperlukan bagi mendapatkan kesihatan yang optimum.

Setiap manusia memerlukan makanan dan makanan yang kita ambil juga   perlulah mengandungi kandungan nutrien yang lengkap. Keperluan nutrien di pengaruhi oleh beberapa faktor iaitu :

  • Jantina –  Kebiasaanya lelaki memerlukan lebih nutrien berbanding dengan perempuan. Ini kerana lelaki lebih aktif dan mempunyai otot yang berlemak. Manakala, perempuan pula memerlukan ferum yang banyak untuk menampung kehilangan darah semasa haid dan bersalin.
  • Umur  – Bayi perlukan protein, karbohidrat, kalsium, dan ferum untuk pertumbuhan. Manakala, kanak-kanak pula memerlukan karbohidrat dan protein kerana sangat aktif dan membesar dengan pesat. Remaja pula perlukan protein, kalsium dan ferum  bagi mengimbangi perubahan fizikal dan peningkatan aktiviti. Dewasa dan warga tua pula memerlukan lebih kalsium dan kalsiferol bagi tulang yang sihat dan menghalang osteoporosis. Asid askorbik dan retinol bagi mencegah infeksi serta tiamina untuk membantu fungsi saraf.
  • Saiz tubuh badan – Terbahagi kepada 2 jenis tubuh badan iaitu :

i)  Endomorf – Mempunyai bentuk tubuh yang besar. Ini menyebabkan lebih tenaga diperlukan bagi mengerakkan badan dan    mengekalkan fungsi tubuh.

ii) Ektomorf – Mempunyai bentuk tubuh yang kecil dan tidak memerlukan tenaga yang lebih berbanding endomorf.

  • Aktiviti – Semakin banyak aktiviti fizikal yang dilakukan, semakin banyak tenaga yang diperlukan. contohnya aktiviti berenang merupakan aktiviti yang memerlukan banyak tenaga iaitu 5.0-11.0 kkal/min.

  • Kumpulan Tertentu – melibatkan 4 kategori iaitu :

√ Ibu Mengandung – protein diperlukan bagi pertumbuhan dan perkembangan fetus

– asis folik untuk perkembangan otak yang sihat

– kalsium dan fosforus untuk pembentukan tulang

– ferum untuk menjamin bekalan darah semasa melahirkan anak

√  Ibu yang menyusukan anak – rotein, kalsium dan tenaga perlu untuk penghasilan susu

√   Pesakit dan si pulih – Protein dan karbohidrat untuk membina dan membaiki tisu serta sembuh

√   Vegetarian – Protein diperoleh daripada kekacangan

– Retinol diperoleh daripada karoten sayur-sayuran

– Kalsiferol pula diperkaya oleh marjerin.

– Kalsium, fosforus dan ferum pula dibekalkan melalui sayuran hijau dan kekacang.